Saturday, July 31, 2010

GEODESIC DOME

Hai,
Tugasan kedua telah tiba..
Pada tugasan kali ini,kami telah diarahkan untuk membina "GEODESIC DOME" dengan menggunakan batang satay yang diperbuat daripada buluh...
Antara bahan-bahan yang diperlukan dalam penghasilan dome ini adalah:
  • lidi satay
  • pembaris
  • gunting/pisau
  • hot glue gun
  • pisau penanda

Antara langkah-langkah untuk menghasilkan dome ini adalah:
1. Pertama,kita harus tentukan dahulu jejari yang ingin digunakan dan saya telah memlih untuk menggunakan 150mm jejari.Untuk mengetahui ukuran bagi A dan B,kita boleh menggunakan aplikasi ini http://www.desertdomes.com/index.html
2. Setelah mengetahui ukuran bagi A iaitu 92.70 dan B sepanjang 81.97,lidi diukur dan dipotong mengikut panjang yang diigini..

3. Setelah diukur panjang yang diigini,lidi-lidi tadi dipotong dengan menggunakan gunting atau pisau...

4. Setelah semua batang lidi yang ingin digunakan telah dipotong,ambil lidi yang telah ditandakan dengan huruf A sebanyak 10 batang disusun menjadi bentuk seperti bulatan.

5. Setelah tapak telah siap dibina,letakkan A dan B di penjuru bulatan tadi dan berbentuk cabang seperti jejari secara berselang-seli...
6. Kemudian, cantumkan agar membentuk segitiga..

7. Setelah segitiga terbentuk,sambungkan segitiga tadi dengan menggunakan lidi B..

8. Kemudian bentuk lagi segitiga dengan menggunakan lidi A dan disokong dengan lidi B di tengah...

9. Setelah segitiga terbentuk,sambungkan segitiga tadi dengan menggunakan lidi B..


10. Sambungkan lidi B tadi ke bahagian tengah dan inilah hasilnya...

No comments:

Post a Comment