Monday, July 19, 2010

ABOUT ME

Inilah keadaanku sebelum aku mendaftar masuk ke Universiti Sains Malaysia.Aku merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) dalam jurusan Perakaunan.Aku mendaftarkan diri ke program tersebut untuk menimba ilmu dan pengalamn yang dapat mendewasakan aku.Di sanalah aku dapat menimba pengalaman baru dimana aku dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru dari pelbagai tempat kelahiran.Bak kata orang "jauh perjalanan,luas pemandangan".Justeru,hal itulah yang aku perolehi sepanjang aku menjalani kursus disana.

Seperti yang semua orang tahu bahawa setiap tempat yang kita kunjungi,pasti ada peraturan dan undang-undang yang harus kita patuhi.KMJ juga tidak dikecualikan.aku harus mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan dan sekiranya tidak mematuhi peraturan tersebut,ada "ganjaran" yang menanti kami.

Walaupun peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan agak ketat,namun ia tidak menghalang aku untuk menikmati aktiviti yang dijalankan.Apa yang penting adalah kita harus bijak mengatur masa dan mempunyai disiplin yang tinggi untuk terus menikmati hidup ini.

hidup yang aku lalui tidak selulunya senang.Namun berkat usaha dan doa daripada kedua ibubapaku,aku berjaya mendapat keputusan yang agak memberangsangkan.Aku amat bersyukur kerana akhirnya aku dapat membuat kedua ibubapaku bangga dengan hasil usahaku...

No comments:

Post a Comment